Pergerakan harga pada carta pasangan EUR/USD kekal pamerkan corak penurunan harga sepanjang minggu dengan mata wang Euro kekal lemah berbanding US dolar pada minggu lalu.
Tekanan risiko penularan pandemik di Eropah semakin membimbangkan dengan paparan bacaan kes jangkitan harian mendesak beberapa negara ekonomi utama berdepan langkah sekatan pergerakan yang akan melumpuhkan aktiviti ekonomi Eropah.
Sementara US dolar kekal mendapat permintaan sebagai dagangan safe-haven menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini.
Kes jangkitan virus yang tinggi serta ketidaktentuan politik di AS membuatkan pelabur melihat pasaran kekal berisiko dengan sentimen risk-off akan memberi kelebihan buat US dolar.
Penurunan mingguan lebih 200 pips pada carta EUR/USD melihatkan harga kekal berada dalam trend menurun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Pada Jumaat lalu, kenaikan harga sekadar menguji paras 1.17000 di zon SBR (support become resistance) sebelum membuat penurunan semula untuk menutup dagangan di paras terendah terbaru 4 minggu sekitar 1.16400.
Permulaan dagangan pada awal minggu ini masih perlahan di sekitar patas tersebut dengan jangkaan penurunan lebih rendah akan ke zon support 1.16100 yang menjadi paras sokongan harga pada dagangan September lalu.
Sekiranya kenaikan harga berlaku melepasi halangan dinamik MA50, paras-paras harga yang dilihat akan kembali menjadi tumpuan adalah pada 1.17200 sebelum kenaikan lebih tinggi ke zon SBR 1.18000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI