Matawang US dolar pamerkan prestasi pergerakan harga yang lemah untuk permulaan dagangan awal minggu ini dengan sentimen pasaran yang semakin menunjukkan pemulihan.
Pelabur berpandangan optimis untuk penggubal polisi Amerika Syarikat (AS) untuk mencapai kesepakatan terhadap pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi terbaru.
Sementara itu, berita berkenaan perkembangan Donald Trump yang sudah meninggalkan hospital tempat beliau dirawat turut menyokong semula pemulihan pasaran.
Penyusutan US dolar telah memberi ruang untuk matawang utama yang lain kembali didagangkan meningkat seperti matawang komoditi serta matawang Eropah juga.
Berbanding Pound Sterling, matawang Euro lebih mempamerkan pengukuhan dengan kenaikan ketara harga di awal minggu seperti yang dipaparkan pada carta pasangan EUR/USD.
Data-data ekonomi Eropah yang diterbitkan pada Isnin keseluruhannya memaparkan bacaan yang positif sekaligus memberikan sokongan untuk kenaikan Euro.
Harga telah mencatatkan kenaikan harian sekitar 90 pips ke paras tertinggi 2 minggu hampir menyentuh paras 1.18000 dari lonjakan yang bermula di paras 1.17200.
Kenaikan harga dijangka akan diteruskan pada hari ini (Selasa) melepasi paras 1.18000 sebelum ke destinasi sasaran seterusnya pada resistance 1.19000.
Namun sentimen pasaran berubah dan penurunan harga kembali berlaku, harga dijangka akan kembali turun semula ke paras 1.17200.
Seterusnya, penurunan akan menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 1.16900 dengan jangkaan perubahan trend bearish pada carta EUR/USD.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI