Menjelang terbitan data PMI pembuatan Amerika Syarikat tinjauan ISM pada sesi New York, dagangan US dolar bergerak lemah pada permulaan minggu ini.
Ini adalah susulan kenyataan Presiden AS Donald Trump yang dilihat tidak memberi impak ketara terhadap perjanjian perdagangan AS-China yang sebelum ini dikhuatiri terjejas selepas ketegangan yang semakin meningkat.
Selain itu, Amerika Syarikat kini sedang berdepan risiko rusuhan di bandar-bandar utama yang berpotensi melumpuhkan aktiviti ekonomi berikutan kematian George Floyd, lelaki berkulit hitam ketika insiden penahanan oleh pihak berkuasa Minneapolis.
Penyusutan US dolar memberi peluang untuk dagangan Euro kembali menyambung pengukuhan dengan siri kenaikan harga yang dipamerkan pada carta harga pasangan EUR/USD minggu lalu.
Euro masih lagi disokong oleh sentimen dana pemulihan oleh Suruhanjaya Eropah untuk membantu negara-negara anggota yang terjejas akibat pandemik Coronavirus.
Namun, pelabur juga akan berwaspada untuk dagangan Euro pada minggu ini menjelang keputusan mesyuarat polisi dasar bank pusat Eropah.
Pada carta EUR/USD minggu lalu, harga merekodkan kenaikan mingguan sekitar 270 pips dengan paras ketinggian dicapai pada Jumaat lalu di sekitar paras 1.11400 sebelum menutup dagangan lebih rendah.
Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga yang masih bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta EUR/USD, menunjukkan kenaikan diteruskan menguji semula paras ketinggian 1.11400 tersebut.
Kenaikan harga yang diteruskan dilihat akan menuju zon tumpuan pada 1.11800 dan 1.12000 untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Mac lalu.
Namun jika penurunan harga kembali berlaku, harga bakal turun menguji paras sokongan 1.10900 dan juga sokongan dinamik MA50 sebelum membuat penurunan lebih rendah.
Penurunan yang diteruskan dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) pada sekitar 1.10000.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI