US dolar semakin paparkan pemulihan ekoran sentimen pasaran yang dilihat kembali berisiko, namun pergerakan di awal minggu masih lemah.
Kebimbangan pasaran berlegar pada faktor perkembangan perlahan tentang pakej bantuan Coronavirus di Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan terbaru di antara AS dan China selepas Washington mengarahkan Google dan Apple untuk menyingkirkan aplikasi TikTok dan WeChat daripada platform masing-masing.
Pergerakan US dolar dijangka lebih aktif pada sesi New York hari ini memberi reaksi terhadap ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell.
Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD mendatar pada Jumaat di bawah paras 1.18700 selepas kenaikan harga pada hari sebelumnya melonjak lebih 100 pips melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Pelabur nantikan dagangan pada Rabu dengan terbitan data ekonomi Eropah yang dijangka akan lebih memberi kesan terhadap pergerakan matawang Euro.
Pelabur yang melihat harga masih berada dalam trend bullish akan menjangkakan kenaikan menguji paras resistance 1.19000 yang merupakan zon SBR (support become resistance).
Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan kembali mencapai paras ketinggian sekitar 1.20000 semula.
Sebaliknya, jika harga kembali menjunam di bawah paras sokongan MA50, paras sokongan harga dilihat pada 1.18000.
Penurunan yang menembusi zon tersebut dilihat akan terdorong menuju zon support pada 1.17200.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI