Logam kuning emas kembali meningkat pada hari Selasa berikutan peningkatan kes jangkitan coronavirus yang berterusan telah membayangi berita positif mengenai vaksin.
Menjelang sesi Eropah, logam berharga itu diperdagangkan meningkat $1,838 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,842 per auns (2.30 petang waktu Malaysia).
Amerika Syarikat memulakan kempen imunisasi dengan vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh Pfizer dan BioNTech setelah pengedaran bermula pada hari Isnin.
Selain itu, Kanada juga telah mula menvaksin pekerja-pekerja kesihatan barisan hadapan dan penduduk rumah penjagaan orang tua setelah meluluskan penggunaan vaksin tersebut.
Bagaimanapun, peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia sehingga menyebabkan beberapa negara untuk mengetatkan lagi sekatan telah mendorong peningkatan permintaan terhadap safe-haven emas.
Terbaru, Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock mengumumkan sekatan coronavirus yang lebih ketat di London mulai hari Rabu berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan.
Sementara itu, kenyataan Pemimpin Majoriti Senat AS, Mitch McConnell bahawa sudah tiba masanya untuk mencari kata sepakat dalam pakej bantuan coronavirus. Ini merupakan petunjuk baik bahawa AS akan memutuskan langkah rangsangan baru tidak lama lagi yang pastinya akan mendorong kenaikan harga emas.