Isu Brexit kekal menjadi tumpuan utama pasaran pada minggu ini sementara kebanyakkan pasaran akan ditutup sempena perayaan Hari Natal di hujung minggu.
Laporan berselang-seli dengan perkembangan berbeza setiap hari pada rundingan Brexit membuatkan pelabur lebih berwaspada mengawal risiko dagangan dalam pasaran.
Terbaru, Pound Sterling bergerak kukuh pada Rabu semalam selepas perbincangan dilaporkan bersambung pada hari ini dan dijangka keputusan akan dimuktamadkan.
Harapan untuk rundingan dicapai telah mendorong mata wang Eropah mengukuh. Sekiranya perjanjian dimeterai, pengumuman keputusan rasmi oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen akan dinantikan pelabur.
Pada dagangan Rabu semalam, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah melonjak sekitar 200 pips ke paras ketinggian 1.35600 sebelum menutup dagangan di sesi New York di bawah paras 1.35000 semula.
Lonjakan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga juga telah memberi isyarat lebih awal untuk kenaikan lebih tinggi harga.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga terus membuat kenaikan melepasi paras 1.35000 dan meguji paras ketinggian dicapai harga semalam.
Kenaikan lebih tinggi harga dijangka menguji zon resistance pada 1.36000 dan harga bakal melonjak tinggi sekiranya perjanjian Brexit dicapai.
Namun sebaliknya jika perkembangan rundingan kekal berisiko, harga bakal menjunam semula di bawah paras 1.35000 dan menuju ke paras lebih rendah pada 1.34000.
Penurunan lebih rendah akan kembali semula pada zon 1.33000 sebelum zon support 1.32000 menjadi sasaran destinasi penurunan seterusnya.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI