Sesi Eropah pada awal minggu menyaksikan penurunan bagi mata wang Pound Sterling selepas pelabur melihat terdapat halangan terhadap kelancaran rundingan Brexit.
Menteri Luar Ireland menyampaikan komen negatif terhadap isu perairan yang dilihat sebagai faktor menghalang persetujuan rundingan dicapai.
Walau bagaimanapun, Pound kembali meningkat semula pada dagangan sesi New York selepas laporan bahawa Ketua Perunding Brexit UK, David Frost telah memberitahu Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk bersedia memuktamadkan rundingan seawal minggu hadapan.
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga yang dilihat membuat penurunan pada sesi Eropah telah menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga.
Namun, harga kembali membuat kenaikan dan menguji paras penting 1.32000 sebelum menutup dagangan sesi New York di sekitarnya.
Menyambung dagangan pada awal sesi Asia pagi ini, harga terus membuat kenaikan melepasi paras tersebut dan berlegar di sekitar paras rintangan harian semalam berhampiran 1.32300.
Kenaikan lebih tinggi dijangka akan menuju zon resistance 1.33000 yang telah diuji pada minggu lalu sebelum melihatkan harga kembali menjunam.
Sekiranya harga membuat penurunan semula, zon 1.32000-1.31500 akan diuji sebelum penurunan lebih rendah akan menuju zon RBS (resistance become support) 1.30700.
Penurunan seterusnya akan menuju pula ke paras tumpuan 1.30000 jika Pound kekal bergerak lemah berbanding US dolar.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI