Dagangan awal minggu melihatkan pergerakan US dolar kembali melemah menjelang debat pilihan raya di antara Donald Trump dan Joe Biden di samping kewaspadaan pelabur terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu.
Penyusutan US dolar dalam pasaran awal minggu memberi ruang terhadap matawang utama lain kembali didagangkan meningkat.
Namun, Pound Sterling gagal memanfaatkan peluang tersebut setelah kenaikan dibantutkan oleh kenyataan Gabenor bank pusat England, Andrew Bailey yang menyatakan penggubal polisi masih belum menolak pilihan langkah kadar faedah negatif untuk polisi bank pusat.
Hal ini kembali memadamkan keyakinan pelabur susulan kenyataan Timbalan Gabenor, Dave Ramsden yang melihat bank pusat tidak akan melaksanakan kadar faedah negatif dalam masa terdekat.
Pasaran tidak memberikan reaksi ketara ketika debat berlangsung, namun US dolar dilihat sedikit meningkat selepas debat berakhir.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga yang membuat kenaikan di awal minggu kembali bergerak di bawah paras 1.29000 dan pergerakan mendatar harga dipaparkan pada dagangan semalam di sekitar zon SBR (support become resistance) tersebut.
Jika Pound terus bergerak lemah, paras akan kembali melihat penurunan harga semula pada carta GBP/USD berkemungkinan menuju ke paras 1.27600.
Penurunan lebih rendah akan menguji zon support sekitar 1.26700-1.26400.
Namun jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras 1.29000, kenaikan akan dijangkakan ke paras lebih tinggi menuju resistance 1.30000.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI