Carta harga XAU/USD yang mengukuh harga emas berbanding US dolar kekal mempamerkan penurunan sehingga ke dagangan Khamis sejak harga menjunam pada awal minggu.
Sentimen pasaran berisiko menjadi faktor utama pengukuhan ketara US dolar sepanjang minggu ini sehingga turut memberi tekanan terhadap emas walaupun berstatus sebagai aset safe-haven.
Dengan corak trend bearish pada pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) di timeframe 1 jam, harga telah membuat penurunan di bawah paras 1900.00 semalam.
Penurunan terendah harian semalam mencecah paras 1856.00 sehingga penghujung dagangan sesi New York.
Pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini, harga membuat kenaikan yang lemah di awal sesi namun tidak melepasi paras 1870.00 sebelum turun lebih rendah semula.
Jika kekal berterusan, harga emas boleh kembali semula ke paras harga 1800.00. Paras tersebut telah berjaya ditembusi pada dagangan Julai lalu sehingga kenaikan harga berjaya mencapai paras tertinggi emas sepanjang masa melebihi paras 2000.00 pada awal Ogos.
Mampukah harga turun ke paras 1800.00 atau lebih rendah lagi?
Sekiranya berlaku perubahan sentimen yang membuatkan US dolar kembali lemah, harga berkemungkinan akan melonjak semula ke sekitar paras 1900.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI