Momentum matawang kripto, Bitcoin (BTC) dilihat semakin menguat, menyaksikan pecutan nilai yang meningkat daripada $10,773 sehingga rekod semasa penulisan, $17,705.
Penganalisis BTC dan pengasas Lookintobitcoin.com, Philip Swift menyatakan aset kripto itu sedang menuju ke paras harga $22,000 yang dijangka akan berlaku dalam beberapa minggu lagi dengan 4 faktor yang menyumbang:
Kadar HODL Bukti Keyakinan Pelabur
HODL (long time BTC holders) biasanya akan membeli dan menyimpan BTC untuk jangka masa panjang.
Dilaporkan sejak penyusutan pada Mac, One-Year HODL Wave meningkat melebihi 62% dari 59%, menunjukkan trend pengumpulan yang jelas. Jika situasi ini berpanjangan, pelabur menjangkakan lonjakan Bitcoin yang lebih lama.
Keseimbangan Dana
Kadar purata dana kontrak niaga hadapan Bitcoin adalah sekitar 0.01%. Sejak beberapa bulan lalu, kadar dana kekal berada sekitar 0.01% dan adakalanya lebih rendah.
Ini menunjukkan keseimbangan antara buyers dan sellers, dan pasaran masih belum huru-hara sebelum sebarang perubahan mendadak berlaku.
Rizab Bitcoin Susut
Aliran keluar pertukaran Bitcoin berjumlah $2.3 bilion sebulan menunjukkan para pelabur mahu menyimpan aset tersebut untuk jangka masa panjang.
Pelabur perlu memasukkan sejumlah BTC ke dalam pertukaran untuk menjual pemilikan mereka. Maka apabila aliran keluar meningkat, pelabur mahukan simpanan BTC untuk tempoh yang lama.
Peningkatan Pengumpulan Institusi
Banyak institusi mengumpul Bitcoin sejak pemulihan yang kukuh pada awal 2020. Ketahanan BTC juga mengatasi emas, membawa kepada peningkatan nilai simpanan terhadap institusi sepanjang masa.
Seperti Grayscale yang kini sudah memiliki lebih daripada 500,000 BTC yang membawa nilai keseluruhan $8.35 bilion!