Topik identiti misteri Satoshi Nakamoto sebagai pengasas Bitcoin (BTC) masih lagi tidak surut dan kekal menjadi tanda tanya di seluruh industri kripto.
Sebelum ini Team Intraday sempat melaporkan pemindahan tiba-tiba 1,000 BTC era Satoshi, dikaitkan dengan comeback pengasas aset kripto itu selepas menghilang sejak 2010.
Tidak lupa juga tanggapan dan idea berkenaan Satoshi berkait rapat dengan seorang banduan bernama Paul Le Roux.
Berbeza pula dengan individu ini, menerusi satu video ucapan hari ulangtahun Bitcoin yang ke-12, mengaku dirinya sebagai Satoshi Nakamoto.
David Hasselhoff, seorang pelakon Amerika di dalam video berbayar dan ditaja oleh firma keselamatan kripto, Halborn, memberitahu dirinya adalah Nakamoto yang ‘dicari’ selama ini.
“Saya ingin membuat pengakuan. Bitcoin tidak diasaskan oleh Satoshi Nakamoto. Saya, David Hasselhoff yang menghasilkan Bitcoin.”
Pengakuan tersebut menimbulkan persoalan jika itu adalah fakta atau fiksyen memandangkan tiada bukti kukuh menyokong dakwaan pelakon itu.
Lebih dikenali sebagai The Hoff, juga merupakan seorang penyanyi, penerbit, dan ahli perniagaan, memiliki pencapaian Guinness World Record sebagai lelaki paling banyak ditonton di televisyen
31 Oktober merupakan tarikh memperingati pendedahan kertas putih Bitcoin, sebelum tarikh rasmi perlombongan aset itu pada 3 Januari 2009.
Antara artis lain yang terlibat dalam video tersebut termasuklah Charlie Sheen, Carole Baskin, Charlamagne Tha God, Gilbert Gottfried, Doug Benson, Hassan Johnson, Soulja Boy dan RZA.