Pelabur berwaspada untuk memulakan dagangan pada minggu ini berikutan sentimen pasaran yang masih bercampur-campur.
Risiko utama masih tertumpu pada kes jangkitan Coronavirus yang membuatkan pelabur berhati-hati. Pada hujung minggu, Florida mencatatkan kenaikan sekitar 15,000 kes dalam masa 24 jam, mengatasi rekod lonjakan kes di New York pada April lalu.
Turut dilaporkan juga perkembangan vaksin bagi pandemik ini di mana syarikat Gilead menyatakan vaksin remdesivir berjaya mengurangkan risiko kes jangkitan sehingga 62%. Namun pihak mereka masih memerlukan maklumat tambahan untuk kepastian.
Pasaran saham kembali meningkat susulan laporan tersebut, mengurangkan kerugian pada minggu lalu. Hasil perbendaharaan AS turut pulih dari paras terendah beberapa minggu namun masih di paras membimbangkan.
US dolar bergerak lemah pada sesi Asia untuk memulakan dagangan awal minggu ini selepas menutup dagangan minggu lalu dengan lemah untuk 3 minggu berturut-turut.
Pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat bergerak lebih tinggi di atas paras 1.13000 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat awal trend bullish.
Kenaikan akan menuju zon tumpuan pada 1.13400 sebelum menguji paras ketinggian minggu lalu pada 1.13700.
Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula zon resistance di sekitar paras 1.14000 untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula melepasi sokongan dinamik MA50 dan juga paras penting 1.13000, zon RBS (resistance become support) sekitar 1.12600-1.12500 akan menjadi destinasi tumpuan.
Penurunan lebih rendah akan menuju zon support di bawah paras 1.12000 yang gagal ditembusi ketika diuji sepanjang dagangan Jun lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI