Kesatuan Eropah gesa agar agenda G-20 menumpukan pada penyelesaian krisis Covid-19 dan menyeru agar kuasa global untuk menjalinkan kerjasama yang lebih baik bagi menangani krisis ekonomi Covid-19.
Dalam masa yang sama pihak EU turut menggesa dalam dokumen tersebut agar kumpulan G-20 agar berusaha mencapai kesepakatan global dalam isu percukaian digital pada tahun ini dan elak daripada melakukan sebarang pembaharuan dalam peraturan kewangan yang telah dirancang.
Dokumen tersebut menyatakan bahawa G20 harus mendukung kerjasama yang lebih erat bagi menentukan langkah-langkah reformasi monetari, fiskal dan struktur lain yang diperlukan bagi memastikan kemelut ini dapat diatasi.
EU berpindirian bahawa kesepakatan di peringkat global mengenai cukai digital harus dicapai pada tahun ini walaupun Amerika Syarikat menarik diri dari perbincangan mengenai perkara tersebut.
Dokumen yang dirangka itu dijangka akan diluluskan pada hari Jumaat setelah konferensi video Menteri Kewangan EU. Menteri kewangan dijadualkan akan bertemu dengan menteri kewangan G20 dan bank pusat pada 18 Julai ini.