Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde pada hari Rabu tampil memberi ulasan mengenai kesan pengumuman vaksin terhadap ekonomi dan langkah yang akan diambil oleh Bank Pusat.
Dalam Forum ECB, Lagarde mengingatkan bahawa walaupun pengumuman vaksin menggembirakan namun harus diketahui terdapat kemungkinan penularan pandemik akan lebih pantas. Penularan wabak boleh terhenti seketika dan bermula semula tergantung kepada pengedaran vaksin dan keberkesanannya.
Pfizer dan BioNTech mengumumkan pada hari Isnin bahawa vaksin Covid-19 mereka memiliki tahap keberkesanan lebih daripada 90% dalam mencegah pandemik. Perkara ini telah meningkatkan keyakinan bahawa wabak tersebut dapat dibasmi lebih awal dari jangkaan.
Klaas Knot yang merupakan anggota ‘Governing Council’ mengatakan bahawa pengumuman vaksin adalah berita baik namun ia akan mengambil sedikit masa untuk merangsang ekonomi.
Disis lain, Bank Pusat Eropah telah mengisyaratkan pada bulan lalu mengenai rangsangan monetari sebelum akhir tahun. Bank pusat juga menekankan bahawa terdapat kemungkinan ada anjakan dalam dasar polisi pada bulan Disember begantung kepada datang yang bakal dikeluarkan.
Dalam masa yang sama, Lagarde mencadangkan bank pusat kemungkinan akan mengurangi kos pinjaman untuk bank dengan lanjut dan turut membuat pengubahsuaian terhadap program pembelian aset yang berkaitan Covid-19.