Apa terjadi pada pergerakan harga bagi carta pasangan mata wang utama EUR/USD pada minggu ini?
Setelah menguji zon resistance harga di bawah paras 1900.00 sejak Selasa, harga mula pamerkan penurunan sehingga turun lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberikan isyarat perubahan trend bearish.
US dolar mula dilihat bergerak lebih kukuh selepas mengalami penyusutan nilai untuk beberapa sesi sebelum ini. Sementara, mata wang Euro pula kekal berisiko diancam penularan wabak pandemik di Eropah.
Perkembangan vaksin terus dipantau pelabur selepas beberapa siri keputusan positif ujian yang dilaporkan oleh beberapa syarikat yang membangunkan vaksin Covid-19.
Namun pelabur tetap berwaspada dengan melihatkan angka kes jangkitan virus terus meningkat.
Pada carta harga EUR/USD, harga berkemungkinan dilihat akan membuat penurunan menuju paras sokongan pada zon RBS (resistance become support) 1.18000.
Penurunan yang diteruskan akan menuju paras sokongan sekitar 1.17200 atau zon 1.16800.
Sekiranya harga berjaya melonjak semula, zon resistance 1.19000 akan kembali diuji harga setelah zon tersebut gagal ditembusi sejak minggu lalu.
Kenaikan lebih tinggi berjaya melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 11 minggu dan boleh mencapai sehingga resistance 1.20000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.