US dolar tampak memanjangkan penyusutan nilainya pada dagangan yang bersambung pada Rabu menepati ramalan penganalisis selepas Presiden Donald Trump menandatangani pakej rangsangan ekonomi bernilai $2.3 trilion untuk dilaksanakan.
Tambah lagi, Dewan Perwakilan AS telah meluluskan cadangan tambahan nilai bantuan $600 kepada $2,000 kepada rakyat Amerika Syarikat (AS).
Namun, membuatkan pelabur sedikit berwaspada apabila Ketua Majoriti Senat AS Mitch McConnell pada Selasa telah membantah pertimbangan untuk tindakan meningkatkan bantuan kepada $2,000. Beliau mencadangkan untuk Senat menilai dahulu perkara tersebut.
Faktor ini boleh mencetuskan semula kebimbangan dalam pasaran sekiranya pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi dilihat akan mengambil tempoh lebih lama untuk dilaksanakan.
Buat waktu ini, pelabur masih positif terhadap sentimen pakej tersebut yang mendorong US dolar terus bergerak lemah dalam pasaran.
Pada carta harga bagi pasangan mata wang utama EUR/USD, harga telah meneruskan kenaikan pada Selasa kembali semula menguji zon resistance 1.22700 yang dicapai pada minggu sebelum.
Setelah menutup dagangan sesi New York lebih rendah semula sekitar paras 1.22500, harga kembali meneruskan kenaikan pada sesi Asia pagi ini (Rabu).
Setakat jam 9.30 pagi waktu tempatan, lonjakan harga sekitar 30 pips kelihatan berjaya mencatatkan rekod ketinggian terbaru melepasi 1.22800.
Kenaikan terbaru itu juga telah mencatatkan paras tertinggi sejak April 2018 dan dengan momentum yang dipaparkan bakal menjangkakan kenaikan yang lebih tinggi.
Paras tumpuan 1.23000 akan diuji sebelum harga menutup dagangan bagi tahun 2020 di paras tertinggi 2 tahun.
Namun jika penurunan harga berlaku, pelabur akan menilai reaksi harga pada paras-paras sokongan seperti pada 1.22500 sebelum penurunan ke zon RBS (resistance become support) pada 1.21800.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI