Sentimen pasaran yang dilihat semakin positif telah memberi kesan penyusutan terhadap dagangan US dolar sementara matawang komoditi mula mempamerkan pengukuhan pada dagangan awal minggu.
Namun, berbeza pada matawang dolar New Zealand yang dilihat menyusut pada dagangan sesi Asia hari ini.
Ini adalah berikutan jangkaan bank pusat Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) bakal menurunkan kadar faedah sehingga ke paras negatif telah memberi kesan terhadap dagangan Kiwi.
RBNZ sebelum ini telah menurunkan kadar faedah sehingga ke paras terendah 0.25% dan menyatakan bahawa akan mengekalkan kadar faedah yang rendah untuk tempoh 1 tahun.
Pada carta harga pasangan matawang NZD/USD, harga telah mempamerkan kenaikan pada dagangan semalam dengan kenaikan harian sekitar 70 pips mencecah paras ketinggian pada 0.6070.
Namun harga telah menunjukkan penurunan semula pada sesi Asia pagi ini sehingga ke paras 0.6000 selepas turun lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) memberikan isyarat awal perubahan kepada trend bearish.
Penurunan lebih rendah dijangka akan menuju semula ke zon support sekitar paras 0.5930 yang telah diuji sepanjang April namun masih gagal menembusinya.
Penurunan lebih rendah dari paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu pada carta harga NZD/USD.
Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras ketinggian 0.6700 yang berada pada zon SBR (support become resistance) akan diuji kembali sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Kenaikan seterusnya dilihat akan menuju ke paras resistance harga pada ketinggian 0.61300.
Lihat gambar carta pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI