US dolar gagal mendapatkan rentak pengukuhan semula dengan pergerakan harga mendatar selepas data yang diterbitkan pada sesi New York bercampur-campur.
Data keyakinan pengguna AS mencatatkan bacaan menurun ke paras terendah 6 tahun manakala data jualan rumah baru pada bulan Julai meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan.
Melemahkan lagi dagangan US dolar sebagai matawang safe-haven susulan perkembangan positif pada hubungan perdagangan AS-China.
Pelabur kekal berhati-hati untuk dagangan US dolar menjelang data pesanan barangan tahan lama AS yang dijangka menurun selain menantikan ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell di simposium Jackson Hole.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam, harga kembali bergerak di atas paras 1.18000 namun gagal melepasi paras ketinggian pada Isnin.
Harga juga dilihat bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dan beberapa kali menguji paras tersebut namun tidak turun lebih rendah.
Pada awal sesi Asia, harga dilihat mendatar di atas paras 1.18300 sebelum mula menunjukkan penurunan menuju semula ke paras sokongan MA50.
Jika paras tersebut gagal ditembusi, harga dijangka akan terus bergerak lebih tinggi menuju paras tumpuan pada 1.19000.
Kenaikan seterusnya akan menuju paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.19650 sebelum ke paras resistance 1.19900.
Namun jika penurunan harga terus berlaku, zon tumpuan pada 1.18000 akan diuji sebelum harga menguji pula paras terendah minggu lalu.
Penurunan selanjutnya akan menuju zon support di bawah paras 1.17200 jika US dolar berjaya mengukuh dan menekan harga lebih rendah.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI