Sentimen pasaran dilihat gagal menjadi pemacu pergerakan harga emas sebaliknya perubahan nilai US dolar sejak minggu lalu menjadi faktor mendorong harga logam kuning tersebut bergerak.
Pengukuhan US dolar yang ketara pada minggu lalu telah membenam harga emas untuk jatuh ke paras terendah 9 minggu seperti yang dipaparkan pada carta harga XAU/USD.
Setelah menyentuh paras terendah 1850.00 pada Khami lalu, harga dilihat cuba untuk membuat kenaikan namun gagal melepasi zon SBR (support become resistance) 1875.00 sebelum turun semula dan menutup dagangan minggu lalu di bawah paras tersebut.
Sentimen pasaran serta perubahan nilai dagangan US dolar pada minggu ini akan mempengaruhi pergerakan harga emas. Pelabur akan memantau perkembangan debat pilihan raya AS di samping berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP di penghujung minggu.
Selain itu juga, perkembangan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi AS akan turut dipantau yang bakal memberi impak besar terhadap dagangan US dolar sekaligus mempengaruhi pergerakan harga emas.
Dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini dilihat bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga.
Harga sekali lagi menguji paras sokongan 1850.00 pada sesi Eropah dengan jangkaan penurunan akan diteruskan ke paras lebih rendah.
Berkemungkinan harga akan turun semula ke paras harga 1800.00 jika US dolar kekal meneruskan momentum pengukuhan pada minggu ini.
Sebaliknya jika harga emas kembali meningkat semula, paras tumpuan yang dilihat akan diuji adalah pada SBR 1875.00 sebelum menuju semula ke paras harga 1900.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI