Emas didagangkan mendatar pada hari Isnin setelah meraih keuntungan pada minggu lalu di tengah-tengah jangkaan yang meningkat terhadap langkah rangsangan tambahan oleh Amerika Syarikat.
Memasuki sesi Eropah, spot emas sedikit susut pada $1,838 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,842 per auns (3.45 petang waktu Malaysia).
Data pekerjaan NFP yang menunjukkan pertumbuhan lebih lemah daripada dijangkakan telah meningkatkan harapan pasaran bahawa Amerika Syarikat akan melakukan sesuatu untuk memastikan ekonominya kekal mengukuh dalam berdepan pandemik coronavirus.
Logam kuning emas cenderung untuk meningkat sekiranya lebih banyak langkah rangsangan fiskal oleh kerajaan.
Bagaimanapun, harapan ini gagal mendorong kenaikan harga emas lebih tinggi untuk menembusi paras harga $1,850 disebabkan peningkatan safe-haven US dolar berikutan lonjakan hasil bon kerajaan 10 tahun ke paras tertinggi 8 setengah tahun.
Dalam pada itu, Britain dilaporkan akan menjadi negara pertama yang melancarkan vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh Pfizer Inc dan BioNTech pada minggu ini.