Percaya atau tidak, kemungkinan besar penerbangan yang sering kita lihat di udara tidak memiliki penumpang, sebaliknya cuma juruterbang.
Seperti Asiana Airline yang menerbangkan pesawat komersial terbesar dunia, Airbus SE A380 lebih daripada 20 kali, tanpa arah tuju dan penumpang dengan tujuan untuk memastikan sijil juruterbang mereka sah.
Tindakan ini merupakan satu-satunya cara untuk memastikan juruterbang sentiasa memiliki lesen penerbangan yang sah dengan penerbangan yang kerap.
Biasanya, berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh International Civil Aviation Organization, juruterbang perlu berlepas dan mendaratkan pesawat sekurang-kurangnya tiga kali dalam 90 hari.
Tidak dapat dinafikan perkara ini merupakan salah satu cabaran bagi syarikat penerbangan sedunia sepanjang pandemik dengan lebih dari satu pertiga armada tidak dapat beroperasi.
Dikatakan juruterbang Airbus SE A380 berlatih untuk berlepas dan mendarat menggunakan pesawat besar dengan 495-ruang duduk itu, terbang mengelilingi Korea Selatan untuk beberapa jam sehari selama tiga hari pada Mei.
Sebelum ini, mereka menggunakan alternatif iaitu simulator milik Thai Airways International Pcl. Namun disebabkan sekatan perjalanan, kemudahan tersebut tidak dapat digunakan.
Berbaki 135 juruterbang tidak mempunyai masa penerbangan yang mencukupi menggunakan keenam-enam A380. Hal ini memaksa Kementerian Pengangkutan negara itu memberi pengecualian khas terhadap lesen penerbangan mereka.
Asiana juga berada dalam dilema kerana perlepasan dan pendaratan menelan perbelanjaan yang tinggi. Namun, pihak mereka juga tidak sanggup membiarkan juruterbang mereka kehilangan lesen penerbangan.