Setelah ketara melonjak pada dagangan Rabu lalu, matawang Pound Sterling kembali susut semula berikutan pelabur masih berhati-hati terhadap ketidaktentuan pada rundingan Brexit.
Ketua Perunding Brexit UK, David Frost mengulangi bahawa UK sememangnya mahukan kesepakatan rundingan dicapai bersama Kesatuan Eropah (EU).
Beliau kemudiannya merungut kerana berpendapat bahawa EU sudah tidak lagi komited untuk bekerjasama secara intensif.
Ketua Perundingan Brexit EU, Michel Barnier mengatakan bahawa EU akan membuat apa sahaja untuk mencapai persetujuan perjanjian namun tetap bertegas dalam beberapa isu khususnya berkenaan akses UK dalam pasaran tunggal EU.
Selanjutnya, pelabur akan menantikan keputusan oleh Perdana Menteri UK, Boris Johnson sendiri untuk isyarat lebih jelas bagi hala tuju rundingan Brexit.
Carta pasangan matawang GBP/USD pada minggu ini paparkan pergerakan yang bergelora membuatkan pelabur resah.
Pada dagangan semalam, harga telah membuat penurunan 140 pips selepas lonjakan 200 pips harga pada hari sebelumnya.
Bergerak kembali di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberikan petunjuk trend bearish dengan harga perlahan di sesi Asia pagi ini sekitar paras 1.29000.
Penurunan lebih rendah dijangkakan akan melepasi zon RBS (resistance become support) tersebut menuju paras lebih rendah sekitar 1.27600.
Harga yang kekal meneruskan penurunan akan menjadikan zon support 1.26700-1.26400 sebagai destinasi seterusnya.
Namun jika harga kembali melonjak semula untuk menutup dagangan minggu ini lebih tinggi, paras tumpuan yang bakal diuji adalah pada 1.30000.
Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula paras ketinggian minggu ini sekitar resistance 1.30700.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI