Sentimen tidak menentu pasaran sejak awal minggu kembali menyaksikan suasana pasaran yang berisiko dan mengukuhkan semula dagangan aset-saven seperti matawang Yen, Swiss franc dan juga US dolar.
Faktor utama yang mendorong kebimbangan pelabur adalah lonjakan ketara kes jangkitan virus di Amerika Syarikat sehingga 60,000 kes dicatatkan pada Rabu sementara angka kematian meningkat lebih 900 korban dua hari berturut-turut.
Pastinya hal ini akan merencatkan keyakinan untuk fasa pemulihan ekonomi di AS sementara perkembangan penghasilan vaksin Covid-19 masih perlahan.
Data ekonomi pula menunjukkan tuntutan faedah pengangguran di AS pada minggu lalu masih tinggi di sekitar 1.314 juta, namun sudah mula menurun dari minggu-minggu sebelumnya.
Pada carta harga bagi pasangan matawang utama EUR/USD, harga yang mencapai paras ketinggian terbaru 4 minggu semalam pada 1.13700 kemudiannya telah kembali membuat penurunan sekitar 90 pips lebih rendah semula.
Penurunan harga turut melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD dan juga telah menembusi garisan trendline yang memberi isyarat awal perubahan trend bearish.
Bersambung pada dagangan Jumaat, sesi Asia melihatkan harga masih membuat penurunan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.12600-1.12500.
Penurunan lebih rendah yang diteruskan pastinya akan kembali menguji semula zon support 1.12000 yang gagal ditembusi sepanjang dagangan Jun lalu.
Namun sebaliknya jika harga kembali melonjak lebih tinggi dari halangan dinamik MA50, paras-paras tumpuan yang dilihat akan dituju adalah pada zon resistance 1.13400 dan paras ketinggian semalam pada 1.13700.
Juga paras ketinggian 1.14000 pada zon resistance yang lebih tinggi akan menjadi destinasi pada kenaikan harga yang diteruskan.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI