Pasaran kewangan pada penghujung minggu dilihat agak berisiko buat para pedagang susulan sentimen pasaran yang kembali bercampur-campur.
Setelah memberi reaksi awal terhadap laporan keberkesanan vaksin Coronavirus di awal minggu, pelabur kembali berwaspada menantikan perkembangan lebih lanjut vaksin sementara menilai kes jangkitan baru khususnya di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang terus meningkat.
Mata wang US dolar dilihat masih bergerak stabil sejak awal minggu walaupun dagangan safe-haven yang lain telah mengalami penyusutan selepas pelabur mula beralih ke arah aset berisiko yang lebih memberikan pulangan.
Namun, US dolar kembali dilihat bergerak lemah berbanding Euro pada dagangan Khamis semalam dengan peningkatan harga yang dipaparkan pada carta EUR/USD.
Jangkaan untuk harga meneruskan penurunan berdasarkan corak trend bearish sebelum ini meleset apabila harga melonjak pada sesi Eropah semalam melepasi zon SBR (support become resistance) 1.18000.
Harga juga turut melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga sebelum harga yang kembali meniti di atas paras tersebut menjadikannya sebagai paras sokongan harga.
Dagangan yang bersambung ke sesi Asia pada Jumaat melihatkan harga bergerak perlahan di atas paras 1.18000 berkemungkinan akan meneruskan kenaikan sebelum menutup tirai dagangan minggu ini.
Kenaikan seterusnya dilihat akan kembali menuju semula ke zon resistance pada 1.19000 yang telah diuji pada awal minggu namun gagal menembusinya.
Sebaliknya jika berlaku penurunan harga semula di bawah zon tumpuan 1.18000, paras sokongan pada 1.17200 akan menjadi tumpuan.
Penurunan lebih rendah akan kembali menguji zon RBS (resistance become support) 1.16800 sebelum ke zon support 1.16100.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI