Berbeza berbanding sentimen pada pembukaan pasaran di awal sesi Asia, Pound Sterling kembali pamerkan pengukuhan ketara pada sesi New York susulan perkembangan Brexit.
Perdana Menteri UK Boris Johnson telah melancarkan tawaran terakhir kepada Kesatuan Eropah (EU) dalam usaha untuk mencapai persetujuan perjanjian Brexit.
EU dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran dalam isu perikanan tersebut yang masih menjadi penghalang terhadap kesepakatan rundingan.
Berdasarkan tawaran tersebut, EU bakal mengurangkan nilai tangkapan ikan di perairan UK sehingga 35% untuk tempoh 5 tahun peralihan, penurunan peratusan yang sangat besar berbanding permintaan pada minggu lalu.
Sentimen positif rundingan itu telah mengatasi kebimbangan terhadap sekatan pergerakan di UK susulan laporan kemunculan varian virus terbaru yang turut menjadi faktor pengukuhan US dolar.
Disebabkan itu, pelabur menyaksikan kejatuhan harga pada carta pasangan GBP/USD sehingga 250 pips setelah terdapat ‘gap’ pembukaan harga lebih 100 pips.
Harga yang menjunam di bawah paras 1.34000 turut melepasi zon 1.33000 sebelum mencecah paras 1.32000 pada zon support.
Namun, gelora pasaran tidak terhenti di situ sebelum harga kembali melonjak semula sehingga 300 pips kenaikan dicatatkan ke paras 1.35000 sehingga penghujung sesi New York.
Bersambung dagangan di sesi Asia pagi ini, harga kembali bergerak perlahan dan menurun ke paras 1.34000 dengan paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam diuji dan akan memberi isyarat awal trend harga.
Penurunan di bawah paras 1.34000 semula akan mendorong penurunan menuju ke paras 1.33000 sebelum ke zon support 1.32000.
Namun jika harga berjaya mengekalkan momentum lonjakan, paras resistance 1.35000 akan diuji sebelum kenaikan yang diteruskan akan menuju ke zon resistance lebih tinggi pada 1.36000.
Pantau perkembangan rundingan Brexit yang sensitif mempengaruhi dagangan Pound Sterling dalam pasaran minggu ini.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI