Mata wang komoditi dilihat semakin menunjukkan prestasi yang baik menuju ke penghujung dagangan minggu ini berikutan sentimen positif vaksin yang disokong oleh harapan terhadap perkembangan vaksin sementara US dolar didagangkan melemah.
Antara mata wang utama yang mungkin terlepas pandang oleh para pedagang di mana terdapat peluang untuk potensi keuntungan adalah dolar New Zealand.
Selepas mesyuarat polisi monetari pada 11 November lalu, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.25% meleset berbanding jangkaan pasaran bahawa bank pusat bakal mengumumkan kadar faedah negatif.
Situasi ini telah menjadi faktor mengukuhkan dagangan Kiwi dalam pasaran sementara data ekonomi New Zealand juga menunjukkan isyarat positif.
Sektor perumahan dilihat semakin berkembang dengan baik dengan peningkatan pada harga-harga rumah di New Zealand sehingga kerajaan mencadangkan kepada bank pusat untuk mempertimbangkan harga rumah di dalam polisi.
Pada carta harga pasangan mata wang NZD/USD, corak kenaikan harga pada minggu ini masih diteruskan menyambung trend bullish sejak beberap minggu sebelum ini.
Harga dilihat menguji paras resistance 0.70000 pada awal minggu sebelum paras tersebut berjaya ditembusi harga pada dagangan Rabu semalam ke paras ketinggian sekitar 0.70140 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak Jun 2018.
Pada dagangan hari ini (Khamis), harga dilihat bergerak perlahan di paras 0.70000 tersebut pada sesi Asia sehingga bersambung di awal sesi Eropah.
Dengan jangkaan US dolar kekal bergerak lemah akan mendorong harga terus dipacu lebih tinggi pada sesi berikutnya berkemungkinan menuju ke paras ketinggian sekitar 0.70500 untuk merekodkan paras tertinggi 2 tahun.
Namun perlu berwaspada jika berlaku terjunan semula harga lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang bakal memberi isyarat perubahan trend bearish.
Penurunan harga dilihat akan kembali bergerak di bawah paras 0.69300 pada zon RBS (resistance become support) yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Lihat gambar carta pasangan mata wang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.