• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Pandemik Jejaskan Kadar Inflasi Negara?

Pandemik Jejaskan Kadar Inflasi Negara?

25 November 2020
Terkini! Trump Sahkan Kenyataan Perdagangan China!

Ketidaktentuan Diplomatik : Presiden Trump Umum Peningkatan Operasi Ketenteraan Terhadap Iran!

2 April 2026
Data Pekerjaan Penting Untuk The Fed: Goldman Sachs Keluarkan Unjuran!

Tuntutan Pengangguran AS Jatuh Mendadak, Namun Kenapa Pakar Ekonomi Makin Risau?

2 April 2026
Demokratik vs Republikan: Mana Satukah Senario Lebih Baik untuk US Dolar?

Trump ‘Simbah Minyak’ Ke Api: Dolar AS Melonjak, Pasaran Saham Bergelora!

2 April 2026
IRGC Ancam Serang Syarikat Tech AS Di Iran!

IRGC Ancam Serang Syarikat Tech AS Di Iran!

2 April 2026
XRP Menambahbaikan Sistem Pengurusan Kewangan

XRP Menambahbaikan Sistem Pengurusan Kewangan

2 April 2026
Bitcoin Jatuh, Minyak Naik Selepas Ucapan Trump Tentang Perang Iran

Bitcoin Jatuh, Minyak Naik Selepas Ucapan Trump Tentang Perang Iran

2 April 2026
Harga Brent Meroket 5%, Trump Janji Lawan Iran Habis-Habisan!

Harga Brent Meroket 5%, Trump Janji Lawan Iran Habis-Habisan!

2 April 2026
Ringgit Mengukuh, Ketegangan Geopolitik Mungkin Reda

Ringgit Mengukuh, Ketegangan Geopolitik Mungkin Reda

2 April 2026
Iran Sudah Mula ‘Pacak Tol’ Di Selat Hormuz

Iran Sudah Mula ‘Pacak Tol’ Di Selat Hormuz

2 April 2026
Bullion Dalam Rentak Tinggi, Pasaran Nantikan Ucapan Trump

Bullion Dalam Rentak Tinggi, Pasaran Nantikan Ucapan Trump

2 April 2026
Kripto & Yuan Jadi Syarat Pembayaran Untuk Lalui Selat Hormuz!

Kripto & Yuan Jadi Syarat Pembayaran Untuk Lalui Selat Hormuz!

2 April 2026
Ini Pandangan Alan Greenspan Dalam Isu Penerbitan Matawang Crypto Oleh Bank Pusat!

Fed Musalem: Fed Perlu Bersiap Sedia Melaraskan Kadar Dalam Dua Hala!

1 April 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Friday, 3 April 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Terkini! Trump Sahkan Kenyataan Perdagangan China!

    Ketidaktentuan Diplomatik : Presiden Trump Umum Peningkatan Operasi Ketenteraan Terhadap Iran!

    Data Pekerjaan Penting Untuk The Fed: Goldman Sachs Keluarkan Unjuran!

    Tuntutan Pengangguran AS Jatuh Mendadak, Namun Kenapa Pakar Ekonomi Makin Risau?

    Demokratik vs Republikan: Mana Satukah Senario Lebih Baik untuk US Dolar?

    Trump ‘Simbah Minyak’ Ke Api: Dolar AS Melonjak, Pasaran Saham Bergelora!

    Harga Brent Meroket 5%, Trump Janji Lawan Iran Habis-Habisan!

    Harga Brent Meroket 5%, Trump Janji Lawan Iran Habis-Habisan!

    Bullion Dalam Rentak Tinggi, Pasaran Nantikan Ucapan Trump

    Bullion Dalam Rentak Tinggi, Pasaran Nantikan Ucapan Trump

    Ini Pandangan Alan Greenspan Dalam Isu Penerbitan Matawang Crypto Oleh Bank Pusat!

    Fed Musalem: Fed Perlu Bersiap Sedia Melaraskan Kadar Dalam Dua Hala!

    Dinamika Geopolitik Teluk: Hala Tuju Pelan Damai AS Jadi Tanda Tanya!

    Trump: Iran ‘Ingin’ Damai! – Pertimbang Tawaran Gencatan Senjata Bersyarat

    Faedah Pengangguran Menurun: Signal Positif atau Ancaman Senyap?

    ADP: 62,000 Kerja Baru Tetapi Kilang Makin Sunyi!

    Cabaran OPEC+ : Imbangi Pengeluaran atau Berdepan Tekanan Harga

    Cabaran OPEC+ : Imbangi Pengeluaran atau Berdepan Tekanan Harga

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringgit Mengukuh, Ketegangan Geopolitik Mungkin Reda

    Ringgit Mengukuh, Ketegangan Geopolitik Mungkin Reda

    Ringgit Masih Dibuka Tinggi Selepas Rombakan Kabinet

    Ringgit Dibuka Tinggi Selepas Susut 5 Hari Berturut-Turut!

    Ringgit Dibuka RM4.01, Pelabur Beralih Kepada Aset Selamat

    Ringgit Dibuka RM4.01, Pelabur Beralih Kepada Aset Selamat

    Drama NFP & Geopolitik: Mampukah USD Kebal? (30 Mac – 3 April 2026)

    Drama NFP & Geopolitik: Mampukah USD Kebal? (30 Mac – 3 April 2026)

    Ringgit Cecah RM4.00, PM Anwar Kekalkan Harga RON95!

    Ringgit Cecah RM4.00, PM Anwar Kekalkan Harga RON95!

    Data Pekerjaan Penting Untuk The Fed: Goldman Sachs Keluarkan Unjuran!

    Pasaran Buruh AS ‘Stabil’? Fed Masih Ambil Sikap Berhati-hati

    Ringgit Susut, Pasaran Tunggu Isyarat Rundingan AS-Iran

    Ringgit Susut, Pasaran Tunggu Isyarat Rundingan AS-Iran

    Ringgit Dibuka RM3.95, Isyarat Damai Asia Barat Semakin Hampir?

    Ringgit Dibuka RM3.95, Isyarat Damai Asia Barat Semakin Hampir?

    Inflasi AS Cabaran Terbesar Minggu Ini? (24-27 Mac 2026)

    Inflasi AS Cabaran Terbesar Minggu Ini? (24-27 Mac 2026)

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    XRP Menambahbaikan Sistem Pengurusan Kewangan

    XRP Menambahbaikan Sistem Pengurusan Kewangan

    Bitcoin Jatuh, Minyak Naik Selepas Ucapan Trump Tentang Perang Iran

    Bitcoin Jatuh, Minyak Naik Selepas Ucapan Trump Tentang Perang Iran

    Kripto & Yuan Jadi Syarat Pembayaran Untuk Lalui Selat Hormuz!

    Kripto & Yuan Jadi Syarat Pembayaran Untuk Lalui Selat Hormuz!

    Ethereum Bersedia Melonjak Walau Harga Turun

    Ethereum Bersedia Melonjak Walau Harga Turun

    Bitcoin Cecah $68,000 Tapi Keyakinan Pasaran Masih Rendah?

    Bitcoin Cecah $68,000 Tapi Keyakinan Pasaran Masih Rendah?

    ‘Big Print’ Boleh Cetuskan Lonjakan Besar Pada Bitcoin!

    ‘Big Print’ Boleh Cetuskan Lonjakan Besar Pada Bitcoin!

    Ramai Pelabur Simpan XRP, Tapi Kenapa Harga Tak Naik?

    Ramai Pelabur Simpan XRP, Tapi Kenapa Harga Tak Naik?

    Minit FOMC Jadi Perhatian! Isyarat Fed Dijangka Tentukan Sentimen Kripto

    Kemanakah Hala Tuju BTC? Ini Implikasi Retorik Pentadbiran Trump Terhadap Struktur Harga Kripto!

    Bitcoin Tersekat Di Bawah $68,000, Apa Yang Jadi Sebenarnya?

    Bitcoin Tersekat Di Bawah $68,000, Apa Yang Jadi Sebenarnya?

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Trump Sedia Berdamai? Pasaran Saham Teruja Walaupun Selat Hormuz Masih Tutup

    Wall Street Merosot, Konflik Iran-AS Memasuki Minggu Ke-5

    Wall Street Merosot, Konflik Iran-AS Memasuki Minggu Ke-5

    Pasaran Saham Bergolak Selepas Trump Lanjut Tempoh Serangan Ke Atas Iran

    Pasaran Saham Bergolak Selepas Trump Lanjut Tempoh Serangan Ke Atas Iran

    Wall Street Junam, Pelabur Terus Pantau Konflik Timur Tengah

    Wall Street Junam, Pelabur Terus Pantau Konflik Timur Tengah

    Wall Street Melonjak, Konflik AS-Iran Bakal Berakhir?

    Wall Street Melonjak, Konflik AS-Iran Bakal Berakhir?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Harapan Palsu? Pasaran Wall Street Jatuh Selepas Iran Nafikan Rundingan Damai

    Kripto & Saham Melarat, Minyak Lebih Menarik Pasaran!

    Kripto & Saham Melarat, Minyak Lebih Menarik Pasaran!

    Dana Global Jadikan Malaysia ‘Safe-Haven’ Dikala Perang Iran!

    Dana Global Jadikan Malaysia ‘Safe-Haven’ Dikala Perang Iran!

    Saham AS Merosot, Fed Kekalkan Kadar Faedah

    Saham AS Merosot, Fed Kekalkan Kadar Faedah

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Artikel Umum

Pandemik Jejaskan Kadar Inflasi Negara?

Team INTRADAY by Team INTRADAY
25 November 2020
in Artikel Umum
0
Pandemik Jejaskan Kadar Inflasi Negara?
3
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.

Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia menurun 1.5% tahun ke tahun kepada 120.2 pada Oktober tahun ini daripada 122.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin seperti dipetik oleh Bernama sebagai berkata, penurunan IHP keseluruhan ini telah dipengaruhi oleh penurunan indeks pengangkutan (-10.2%), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (- 3.0%) dan pakaian dan kasut (-0.4%) yang menyumbang 41.6% daripada keseluruhan wajaran.

“Daripada 552 item yang diliputi dalam IHP, 337 item menunjukkan peningkatan pada Oktober tahun ini berbanding Oktober tahun lalu. Sebaliknya, 150 item mencatatkan penurunan manakala 65 item tidak berubah.

“Berdasarkan prestasi 552 item mengikut kategori barangan dan perkhidmatan, barang tidak tahan lama (296 item) adalah kategori paling banyak mengalami kenaikan harga iaitu 208 item, 73 item menurun dan 15 item tidak berubah berbanding kategori perkhidmatan, barang semi tahan lama dan barang tahan lama,” katanya.

Bagaimanapun, makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 1.5% kepada 135.3 berbanding 133.3 pada bulan yang sama pada tahun lalu.

Kumpulan ini menyumbang 29.5% daripada keseluruhan wajaran IHP. Selain itu, pelbagai barangan dan perkhidmatan turut menunjukkan peningkatan 2.8%, diikuti pendidikan (0.7%) dan minuman alkohol dan tembakau (0.5%).

Tambah Mohd Uzir, IHP tanpa bahan api kekal berada pada kadar positif iaitu 0.1% pada bulan lalu berbanding Oktober tahun sebelumnya. IHP tanpa bahan api adalah meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali petrol tanpa plumbum RON95, petrol tanpa plumbum RON97 dan diesel.

“Purata harga petrol tanpa plumbum RON95 menunjukkan penurunan pada bulan lalu iaitu RM1.67 per liter berbanding RM2.08 pada Oktober tahun sebelumnya.

“Di samping itu, purata harga petrol tanpa plumbum RON97 menurun kepada RM1.97 per liter berbanding RM2.66 dan purata harga diesel menurun kepada RM1.72 per liter berbanding RM2.18 pada bulan yang sama tahun sebelumnya,” katanya.

Mohd Uzir berkata indeks teras meningkat 0.8 peratus pada Oktober tahun ini berbanding bulan yang sama pada tahun lalu.

Antara kumpulan utama yang bertindak sebagai pendorong kepada kenaikan ini adalah kumpulan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.8%), makanan dan minuman bukan alkohol (1.3%), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (0.9%) dan pendidikan (0.7%).

Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal, katanya.

Sementara itu Mohd Uzir berkata IHP bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini turun 1.0% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Penurunan ini dipengaruhi oleh pengangkutan (-10.0%), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (-1.5%) dan pakaian dan kasut (-0.8%).

“Walaupun perubahan IHP tahunan menurun, perubahan IHP bulanan meningkat 0.1% berbanding September 2020. Peningkatan ini telah disumbangkan oleh makanan dan minuman bukan alkohol (0.1%), perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (0.1%) dan kesihatan (0.1%),” ujarnya lagi.

Indeks bagi semua negeri menunjukkan penurunan antara -0.8 hingga -2.3% bagi Oktober tahun ini berbanding Oktober tahun lalu. Penurunan tertinggi dicatatkan oleh Melaka (-2.3%), Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (-2.3%) dan Kedah dan Perlis (-2.3%). Ini diikuti Sarawak (-2.1%), Johor (-2.1%) dan Negeri Sembilan (-2.0%).

Bagaimanapun, semua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor dan Putrajaya (2.4%), diikuti Pahang (1.8%), Terengganu (1.7%), Perak (1.7%) dan Negeri Sembilan (1.6%).

 

ShareTweetSend

Related Posts

“Kami Tidak Lupa Jasa Malaysia” – Perjanjian Krisis 1988 Diinggati Iran

“Kami Tidak Lupa Jasa Malaysia” – Perjanjian Krisis 1988 Diinggati Iran

by Team INTRADAY
28 March 2026
0

Hubungan Malaysia–Iran bukan terbentuk secara kebetulan, tetapi lahir daripada keputusan strategik ketika dunia berada dalam krisis. Pada tahun 1988, di...

5 Pekerjaan Yang Bakal Diambil Alih Oleh AI!

5 Pekerjaan Yang Bakal Diambil Alih Oleh AI!

by Team INTRADAY
27 March 2026
0

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dunia dikejutkan oleh kepakaran teknologi super komputer, kecerdasan buatan (AI) yang menjangkaui kemahiran dan pemikiran...

Malaysia Pengeluar Minyak, Tapi Kenapa Harga Petrol Tetap Naik?

Malaysia Pengeluar Minyak, Tapi Kenapa Harga Petrol Tetap Naik?

by Team INTRADAY
27 March 2026
0

Ramai rakyat masih keliru, Malaysia mempunyai sumber minyak sendiri, tapi kenapa harga petrol tetap naik? Jawapannya bukan semata-mata tentang kos...

Malaysia Dapat ‘Green Light’ Lalu Hormuz, Kenapa Harga Minyak Masih Mahal?

Malaysia Dapat ‘Green Light’ Lalu Hormuz, Kenapa Harga Minyak Masih Mahal?

by Team INTRADAY
26 March 2026
0

Keputusan Iran memberi ‘green light’ kepada Malaysia untuk melalui Selat Hormuz sepatutnya dilihat sebagai perkembangan positif dalam rantaian bekalan tenaga....

  • Trending
  • Comments
  • Latest
TNB Turunkan Rebat Elektrik Bermula April

TNB Turunkan Rebat Elektrik Bermula April

2 April 2026
Kripto & Yuan Jadi Syarat Pembayaran Untuk Lalui Selat Hormuz!

Kripto & Yuan Jadi Syarat Pembayaran Untuk Lalui Selat Hormuz!

2 April 2026
Demokratik vs Republikan: Mana Satukah Senario Lebih Baik untuk US Dolar?

Trump ‘Simbah Minyak’ Ke Api: Dolar AS Melonjak, Pasaran Saham Bergelora!

2 April 2026
Terkini! Trump Sahkan Kenyataan Perdagangan China!

Ketidaktentuan Diplomatik : Presiden Trump Umum Peningkatan Operasi Ketenteraan Terhadap Iran!

0
Data Pekerjaan Penting Untuk The Fed: Goldman Sachs Keluarkan Unjuran!

Tuntutan Pengangguran AS Jatuh Mendadak, Namun Kenapa Pakar Ekonomi Makin Risau?

0
Demokratik vs Republikan: Mana Satukah Senario Lebih Baik untuk US Dolar?

Trump ‘Simbah Minyak’ Ke Api: Dolar AS Melonjak, Pasaran Saham Bergelora!

0
Terkini! Trump Sahkan Kenyataan Perdagangan China!

Ketidaktentuan Diplomatik : Presiden Trump Umum Peningkatan Operasi Ketenteraan Terhadap Iran!

2 April 2026
Data Pekerjaan Penting Untuk The Fed: Goldman Sachs Keluarkan Unjuran!

Tuntutan Pengangguran AS Jatuh Mendadak, Namun Kenapa Pakar Ekonomi Makin Risau?

2 April 2026
Demokratik vs Republikan: Mana Satukah Senario Lebih Baik untuk US Dolar?

Trump ‘Simbah Minyak’ Ke Api: Dolar AS Melonjak, Pasaran Saham Bergelora!

2 April 2026
INTRADAY.my

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

Sertai Komuniti Intraday
No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.