Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD pada minggu ini dilihat lebih dipacu oleh dagangan US dolar yang dipengaruhi oleh sentimen semasa pasaran.
Ketara penurunan yang dipaparkan pada Selasa apabila Presiden Donald Trump telah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan berkenaan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan risiko dalam pasaran sekaligus meningkatkan nilai matawang US dolar.
Namun, Trump kembali membalas semula dengan kenyataan beliau di lama sosial Twitter, yang mendesak Senat untuk meluluskan segera bantuan untuk sektor penerbangan serta perniagaan kecil.
Pasaran kembali memberi reaksi terhadap perkara tersebut dengan melihatkan US dolar kembali bergerak lemah semula pada dagangan Rabu semalam.
Harga pada carta EUR/USD semalam dilihat mempamerkan kenaikan harian lebih 50 pips menguji paras ketinggian 1.17800 di sesi New York sebelum menutup dagangan lebih rendah.
Terdapat jangkaan untuk harga membuat penurunan semula berikutan kenyataan Presiden European Central Bank (ECB), Christine Lagarde bahawa pemulihan ekonomi Eropah masih lagi memerlukan tempoh yang lama dan bank pusat perlu meningkatkan lebih banyak rangsangan bagi menyokong ekonomi.
Namun, pergerakan harga dilihat akan lebih digerakkan oleh sentimen perbincangan pakej rangsangan ekonomi AS. Jika perbincangan menghasilkan keputusan positif, US dolar dijangka akan terus melemah, sebaliknya jika perbincangan dilihat gagal dan meningkatkan risiko, US dolar bakal mengukuh.
Penurunan harga dijangka akan kembali semula paras sokongan sekitar 1.17200 sebelum penurunan lebih rendah melepasi paras tersebut akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.16800.
Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi zon resistance 1.17800-1.18000, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan menuju resistance 1.19000 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 2 minggu.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI