Pergerakan harga emas mendatar pada Jumaat setelah siri penurunan harga sejak awal minggu dipamerkan pada carta XAU/USD.
Penurunan terendah harga dicatatkan semalam pada paras 1850.00 merekodkan paras terendah 9 minggu.
Namun, harga kembali dilihat membuat kenaikan semula ke paras 1875.00 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance). Paras halangan Moving Average 50 (MA50) juga turut diuji sebelum harga menutup dagangan sesi New York lebih rendah.
Sentimen pasaran walau bagaimanapun masih dilihat berisiko, namun penyusutan sementara US dolar kembali memberi ruang untuk harga emas sedikit meningkat semula.
Jika US dolar kembali mengukuh semula, berkemungkinan harga emas akan jatuh lebih rendah lagi.
Pada dagangan yang bersambung hari ini, paras SBR 1875.00 masih lagi belum ditembusi, namun harga telah pun melepasi halangan dinamik MA50. Adakah akan berlaku perubahan trend harga?
Jika kenaikan berjaya meningkat lebih tinggi di atas 1875.00, kenaikan harga dijangka akan kembali semula ke paras tumpuan 1900.00.
Sebaliknya jika penurunan harga diteruskan, paras support 1850.00 yang dicecah semalam akan ditembusi untuk harga terus merekodkan paras terendah terbaru.
Penurunan selanjutnya akan menjadikan paras 1800.00 sebagai sasaran destinasi seterusnya jika harga emas terus alami kejatuhan.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI