Sejak bulan lalu, nama syarikat terkenal PayPal menjadi buah mulut dalam kalangan pelabur matawang crypto. PayPal pada hari ni sekali lagi memberi rincian mengenai perancangan mereka untuk terjun dalam dunia crypto.
PayPal kini sedang merancang untuk melancarkan perkhidmatan crypto untuk pengguna platformnya di seluruh dunia. Bersama dengan aplikasi Venmo, syarikat gergasi tersebut akan meneroka matawang digital/crypto bank pusat.
Eksekutif kanan PayPal telah mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai rancangan mereka untuk memasuki sektor crypto secara agresif pada tahun hadapan dan ia akan menyokong matawang crypto bank pusat.
Menurut CEO PayPal,Dan Shulman, dunia sekarang sedang bergerak dengan pantas ke arena digital. Justeru PayPal mahu melakukan perubahan pantas dalam cara mengendalikan pembayaran dan perkhidmatan kewangan.Tamabah Shulman, matawang crypto akan menjadi semakin penting dan terkenal.
Pada bulan lalu, PayPal mengumumkan sistem penyokongan matawang kripto dan mendakwa firma tersebut bakal menubuhkan aset kriptonya sendirinya.
Pengguna yang berminat dengan perkhidmatan kripto yang ditawarkan digital wallet PayPal, servis itu akan dibuka sepenuhnya pada awal 2021. Ia melibatkan pembelian, pemilikan dan penjualan beberapa matawang kripto termasuk Bitcoin (BTC), Ether (ETH), Bitcoin Cash (BCH) dan Litecoin (LTC).