Harapan pelabur untuk melihat harga emas terus melonjak pada dagangan penghujung minggu lalu kembali lebur apabila harga emas paparkan penurunan semula untuk menutup dagangan minggu lalu sekitar paras $1900.
Sehingga bersambung pada awal dagangan minggu ini, harga masih menampilkan corak penurunan harga dengan tekanan oleh peningkatan semula mata wang US dolar dalam pasaran.
Permintaan US dolar sebagai safe-haven kembali meningkat berikutan pelabur dilihat beralih arah kepada aset lebih selamat dengan beberapa faktor yang menambah kebimbangan pelabur.
Antaranya adalah peningkatan ketara kes jangkitan Coronavirus khususnya di Amerika Syarikat (AS) selain peningkatan ketara juga di Eropah.
Peningkatan nilai US dolar telah mendorong harga emas untuk bergerak di bawah tekanan dengan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat trend bearish pada carta harga XAU/USD.
Namun arah pergerakan harga masih belum jelas sementara harga masih berlegar di sekitar paras 1900.00 sehingga ke sesi Eropah hari ini.
Jika harga gagal naik lebih tinggi di atas halangan dinamik MA50, penurunan lebih rendah harga dijangkakan untuk menuju paras support 1875.00.
Sebaliknya jika harga emas berjaya membuat kenaikan, zon SBR (support become resistance) 1910.00 akan kembali diuji untuk meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.
Seterusnya, zon resistance sekitar 1930.00 akan kembali menjadi tumpuan sekali lagi setelah diuji 2 minggu berturut-turut.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI