Sentimen pasaran semakin menunjukkan pemulihan pada awal minggu disokong oleh faktor perkembangan optimis ke arah persetujuan rangsangan fiskal di Amerika Syarikat (AS) dan juga harapan terhadap perjanjian Brexit.
Situasi tersebut telah memberi tekanan terhadap mata wang safe-haven US dolar untuk bergerak lemah di sekitar paras terendah 2 setengah tahun pada awal sesi dagangan bermula sebelum pengukuhan semula dipamerkan pada sesi New York.
Sementara perkembangan vaksin pula, dilaporkan vaksin telah diagihkan di AS dan UK, namun kebimbangan masih dilihat pada lonjakan kes jangkitan dan kadar kematian.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga masih menunjukkan kenaikan pada awal minggu namun kenaikan harga terhalang di paras rintangan 1.21800 sebelum harga menunjukkan penurunan semula pada sesi New York semalam.
Pergerakan harga masih berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat trend masih bullish.
Pergerakan major harga masih dinantikan pelabur sementara perkembangan isu-isu utama dalam pasaran masih dipantau.
Sementara itu juga, pelabur akan berwaspada menantikan mesyuarat FOMC serta data-data ekonomi Eropah yang akan mempengaruhi pergerakan harga pada carta EUR/USD.
Jika harga berjaya melonjak melepasi zon resistance semalam, kenaikan harga masih lagi dijangkakan untuk menuju ke paras sekitar 1.22500 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak April 2018.
Namun jika harga kembali menjunam semula dari zon resistance 1.21500 dan di bawah paras halangan MA50, paras sokongan harga dilihat pada 1.20900.
Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.20000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI