US dolar kekal bergerak lemah sehingga Khamis ke paras terendah lebih 2 tahun berikutan tumpuan pelabur masih terarah pada pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Sentimen pasaran kekal positif dengan jangkaan keputusan perbincangan pakej bernilai $900 bilion akan diketahui pada hujung minggu ini.
Namun pelabur perlu berhati-hati dengan kemungkinan situasi pengambilan keuntungan (profit-taking) untuk posisi dagangan terdahulu yang bakal melihat US sedikit mengukuh sebelum tirai dagangan minggu ini ditutup.
Penyusutan berterusan US dolar telah mendorong kenaikan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD ke paras tertinggi minggu ini mencecah 1.22700.
Kenaikan harian sekitar 80 pips tersebut juga turut mencatatkan paras tertinggi dicapai harga sejak dagangan April 2018 lalu.
Selepas menutup dagangan sesi New York ke para tertinggi tersebut, harga mula dilihat bergerak susut pada sesi Asia hari ini (Jumaat) ke paras sekitar 1.22500 setakat jam 11 pagi waktu tempatan.
Penganalisis kekal melihat harga akan meneruskan kenaikan dengan trend bullish sepanjang minggu. Kenaikan seterusnya dijangkakan menuju paras 1.23000.
Namun pelabur juga akan berwaspada untuk kemungkinan berlaku penurunan harga pada dagangan penghujung minggu.
Penurunan harga bakal kembali semula ke zon RBS (resistance become support) pada 1.21800-1.21500.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI