Selain pasangan mata wang utama, antara pasangan mata wang yang mencuri tumpuan pedagang pada minggu ini adalah GBP/JPY.
Pergerakan Yen kekal dipacu oleh sentimen pasaran sejak minggu lalu lagi dengan sentimen risk-on pada awal minggu ini memberi keyakinan terhadap pelabur telah membuatkan dagangan safe-haven mengalami penyusutan.
Begitu juga mata wang Yen yang pamerkan prestasi lemah berbanding mata wang utama yang lain termasuk Pound Sterling.
Pound didagangkan sensitif beberapa minggu memberi reaksi genting rundingan Brexit yang masih gagal mencapai persetujuan muktamad.
Namun, perkembangan positif terbaru rundingan telah menyokong Pound untuk melonjakkan harga pada carta GBP/JPY ke paras ketinggian terbaru minggu ini mengatasi ketinggian dicapai minggu lalu.
Permulaan dagangan awal minggu ini telah melihatkan harga membuat kenaikan dari zon RBS (resistance become support) 138.00 dan melepasi zon RBS 139.00.
Pada dagangan Selasa semalam, harga menguji paras rintangan 139.800 sebelum turun semula ke zon RBS 139.00.
Sesi New York kembali mempamerkan lonjakan semula harga melepasi zon rintangan tersebut menutup dagangan di paras ketinggian terbaru pada resistance 140.200.
Paras resistance tersebut juga diuji pada dagangan November namun gagal ditembusi sebelum harga membuat penurunan semula.
Menyambung dagangan pada hari ini (Rabu), harga bergerak mendatar pada sesi Asia di bawah paras 140.200 sebelum paras resistance tersebut diuji semula pada awal sesi Eropah.
Kenaikan lebih tinggi harga yang diteruskan dijangka akan menuju paras ketinggian terbaru 3 bulan sehingga sekitar 141.00.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula paras 139.800 bakal menuju semula zon RBS 139.00.
Penurunan lebih rendah akan kembali semula pada permulaan dagangan awal minggu ini pada zon RBS 138.300.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.