Corak penurunan masih dilihat pada pergerakan harga emas semasa namun momentum penurunan tersebut dilihat lebih mendatar susulan pelabur turut berwaspada dalam pasaran.
Pasaran saham menunjukkan saham-saham berkaitan teknologi mula menunjukkan kejatuhan membuatkan indeks Nasdaq catatkan penurunan ketara.
Hal ini telah memberikan isyarat untuk pelabur lebih berhati-hati dan berkemungkinan aliran pelaburan akan terarah pada aset safe-haven semula.
Selain itu juga, pergerakan tidak menentu matawang US dolar menjelang laporan data pekerjaan NFP AS juga turut mempengaruhi pergerakan harga emas dalam pasaran.
Jika dilihat pada carta harga XAU/USD semalam, harga yang menguji paras 1950.00 di zon SBR (support become resistance) kembali menyambung semula penurunan ke paras terendah harian sekitar 1922.00.
Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih menunjukkan trend bearish bagi pergerakan harga emas.
Dengan kenaikan yang perlahan pada sesi Asia hari ini berlegar di bawah MA50, harga dijangka akan meneruskan penurunan menuju zon support pada 1900.00.
Namun, jika kenaikan berjaya melepas halangan MA50, zon SBR 1950.00 akan diuji sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Kenaikan seterusnya dilihat akan menuju paras penting pada 1975.00 sebelum kembali mencapai semula paras ketinggian 2000.00 untuk harga emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI