Pengukuhan US dolar diteruskan selepas acara debat Presiden antara Donald Trump dan Joe Biden sebentar tadi berakhir lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun begitu, pergerakan harga di penghujung minggu perlahan sementara harapan terhadap pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) sedikit memudar dan menyokong pengukuhan semula US dolar di samping jangkaan berlaku aktiviti pengambilan keuntungan selpas kenaikan berterusan sejak awal minggu.
Pengukuhan semula US dolar sejak dagangan Khamis semalam telah menyaksikan penurunan pada nilai matawang utama yang lain dalam pasaran.
Begitu juga Yen Jepun yang kembali bergerak lemah setelah pengukuhan ketara dipamerkan pada Rabu lalu berbanding US dolar seperti yang dipaparkan pada carta harga pasangan USD/JPY.
Kenaikan harga kembali menguji zon SBR (support become resistance) 104.900 dan juga paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Harga dilihat bergelut untuk meneruskan kenaikan dengan penurunan di awal sesi Asia dan mendatar sekitar paras 104.700.
Jika US dolar berjaya kekalkan pengukuhan, kenaikan harga lebih tinggi dijangkakan semula sehingga ke zon tumpuan sekitar 105.500 pada paras terjunan harga Rabu lalu.
Sebaliknya jika penurunan harga kembali terjadi, zon support 104.00 akan menjadi tumpuan harga seterusnya yang telah diuji pada dagangan September lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI