US dolar masih didagangkan perlahan namun menunjukkan sedikit peningkatan dari paras terendah 2 tahun yang dicecah pada minggu lalu.
Perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) masih terbantut membuatkan keyakinan pelabur mula suram.
Namun, laporan positif mengenai vaksin oleh Johnson and Johnson dan Pfizer Inc pada Selasa menyokong sentimen pasaran tetapi tidak memberi kesan ketara terhadap pergerakan US dolar.
Sementara mata wang Euro bergerak mendatar pada dagangan semalam selepas data ekonomi Eropah yang diterbitkan di awal sesi sedikit meningkatkan nilai Euro sebelum mata wang Eropah itu bergerak perlahan dan mendatar sehingga ke sesi New York.
Tumpuan utama pelabur pada minggu ini untuk mata wang Euro adalah keputusan mesyuarat polisi monetari terbaru dengan jangkaan bank pusat Eropah akan meningkatkan lagi pelonggaran polisi dan suntikan rangsangan ekonomi.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga dilihat bergerak mendatar dan kekal mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat trend penurunan.
Dua zon utama yang dilihat akan menentukan arah pergerakan selanjutnya pada carta EUR/USD.
Pergerakan menurun harga di bawah paras 1.20900 iaitu zon RBS (resistance become support) akan mendorong penurunan lebih rendah dijangkakan menuju zon RBS pada 1.20000.
Namun jika harga melonjak dan melepasi zon rintangan 1.21500 dan juga ketinggian minggu lalu sekitar 1.21800, pelabur akan melihat harga masih meneruskan trend bullish.
Kenaikan lebih tinggi akan merekodkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan April 2018.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI