Matawang dolar Kanada masih bergerak positif dalam pasaran berikutan didorong oleh kestabilan pada pasaran minyak mentah global.
Namun, pelabur akan memberi perhatian terhadap laporan data pekerjaan Kanada yang akan diterbitkan di awal sesi New York.
Pertambahan pekerjaan di Kanada untuk bulan September dijangka menurun berbanding Ogos. Namun, kadar pengangguran yang dijangka menurun akan mengimbangi laporan tersebut.
Dolar Kanada walau bagaimanapun kekal menampil prestasi dagangan lebih baik berbanding US dolar dengan penurunan 3 hari berturut-turut dipaparkan pada carta pasangan USD/CAD.
Harga telah membuat penurunan dari paras ketinggian 1.33000 pada Rabu lalu sehingga ke bawah paras 1.32000 pada dagangan yang bersambung hari ini.
Harga yang kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga masih menunjukkan trend bearish disokong oleh sentimen pasaran semasa.
US dolar kekal bergerak lemah dengan pasaran diceriakan oleh perkembangan positif dari White House untuk membincangkan pelaksanaan pakej rangsangan yang lebih besar.
Penurunan harga lebih rendah dijangkakan menuju zon support sekitar 1.31000 pada carta USD/CAD selepas zon RBS (resistance become support) 1.31400 berjaya ditembusi.
Sebaliknya, jika kenaikan harga kembali dipamerkan, paras 1.32400 pada zon SBR (support become resistance) akan menjadi tumpuan selepas harga berjaya melepasi semula paras 1.3200.
Kenaikan lebih tinggi akan memberi isyarat perubahan trend bullish harga.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI