Sentimen pasaran pada Selasa masih dilihat berisiko dengan kebimbangan terarah pada pasaran minyak mentah yang semakin merosot. Minyak mentah WTI telah mencatatkan kejatuhan harga ke paras negatif kesan permintaan yang berkurangan dengan lambakan bekalan.
Ini telah meningkatkan risiko dalam pasaran dan mendorong permintaan aset safe-haven meningkat dan menyaksikan pengukuhan bagi matawang US dolar dan juga Yen.
Dengan pengukuhan US dolar, carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD telah menunjukkan penurunan sejak awal sesi Asia sehingga bersambung pada sesi Eropah.
Namun, penurunan harga dihalang oleh data sentimen ekonomi Jerman tinjaun ZEW yang diterbitkan positif mengejutkan pasaran.
Harga kini bergerak mendatar di sekitar paras 1.0830 selepas penurunan pada sesi sebelumnya. Namun harga masih paparkan kecenderungan untuk membuat penurunan dengan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50).
Jika harga meneruskan penurunan lebih rendah, harga dilihat akan menuju ke zon support di paras 1.0770.
Paras tersebut telah diuji pada awal dagangan April di mana harga gagal tembusi paras tersebut sebelum harga kembali membuat kenaikan semula.
Namun jika kenaikan harga melepasi paras halangan MA50, harga akan menguji paras ketinggian semalam di resistance 1.0900.
Kenaikan lebih tinggi harga akan menuju zon SBR (support become resistance) di atas paras 1.0920.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI