US dolar kekalkan prestasi pengukuhan di sesi New York semalam susulan sentimen pasaran yang kembali berisiko selepas kejatuhan pasaran Wall Street untuk hari ketiga.
Matawang safe-haven terutama US dolar dan Yen Jepun telah mencatatkan peningkatan nilai dalam dagangan susulan pelabur beralih ke arah pelaburan yang lebih selamat selepas menyaksikan saham-saham teknologi terus merosot.
Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga kekal menunjukkan corak penurunan berikutan pengukuhan oleh US dolar yang berjaya menekan harga ke paras lebih rendah.
Namun, dagangan Euro dilihat mendatar berikutan kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis ini.
Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk pergerakan 1 jam harga masih menunjukkan trend bearish buat EUR/USD.
Harga telah berjaya melepasi zon support 1.1800-1.17800 setelah diuji beberapa kali sejak bulan lalu namun masih gagal menembusinya.
Penurunan harga di bawah zon tersebut akan mendorong penurunan lebih rendah harga menuju zon support pada 1.17200.
Namun jika harga kembali melonjak semula melepasi halangan dinamik MA50, harga berkemungkinan akan menuju semula zon SBR (support become resistance) pada 1.19000.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI