US dolar menjadi matawang dengan prestasi dagangan terburuk pada awal minggu berikutan penyusutan ketara berbanding matawang utama yang lain dalam pasaran atas faktor sentimen risk-on pasaran.
Keyakinan pelabur dalam pasaran awal minggu didorong oleh harapan pemulihan ekonomi China yang turut melonjakkan dagangan Yuan yang merekodkan prestasi terbaik berbanding US dolar sejak Disember 2019.
Data PMI perkhidmatan US untuk bulan Jun yang meningkat mengatasi jangkaan juga turut memberi isyarat perkembangan pemulihan ekonomi yang semakin baik membuatkan pelabur tertarik ke arah aset berisiko berbanding aset safe-haven.
Pada pergerakan harga di carta pasangan matawang EUR/USD semalam, harga telah pamerkan kenaikan harian melebihi 100 pips dengan penyusutan ketara US dolar walaupun pergerakan Euro agak mendatar.
Ketua Perunding Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier tiba di London untuk pusingan terbaru rundingan Brexit. Tiada perkembangan dilaporkan dan pelabur tidak meletak harapan yang tinggi untuk rundingan mencapai kesepakatan buat masa ini.
Kenaikan harga pada carta EUR/USD hampir mencecah paras 1.13500 yang merupakan zon resistance pada dagangan 2 minggu yang lalu. Sesi New York berakhir dengan harga ditutup lebih rendah sekitar 1.13100.
Dagangan pada sesi Asia pagi ini perlahan namun menunjukkan sedikit kenaikan yang perlahan sementara pelabur menantikan data pengeluaran perindustrian Jerman pada awal sesi Eropah sebentar nanti.
Jika kenaikan diteruskan melepasi zon resistance yang diuji semalam, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras ketinggian sekitar 1.14000 untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras sokongan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam pergerakan harga akan diuji sebelum harga menguji pula zon RBS (resistance become support) sekitar 1.12500.
Penurunan lebih rendah akan menuju semula zon support pada 1.12000 yang diuji sepanjang dagangan Jun lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI