Data Perkhidmatan AS Pamer Pengukuhan, Tetapi Kenapa US Dolar Susut?

444

Peningkatan selera terhadap matawang berisiko menyebabkan US dolar mempamerkan prestasi terburuknya pada dagangan awal minggu walaupun dengan data ekonomi yang memberangsangkan.

Data PMI bukan pembuatan tinjauan ISM menunjukkan pengembangan dalam sektor perkhidmatan Amerika Syarikat dengan meningkat kepada 57.1 pada bulan Jun, daripada 45.4 sebelumnya. Pertumbuhan yang dipaparkan adalah selari dengan bacaan laporan NFP yang lebih baik daripada jangkaan pada minggu lalu.

Walau bagaimanapun, optimisme terhadap peningkatan yang ditunjukkan ini kembali digoyahkan dengan ketidakpastian terhadap apa yang akan terjadi pada bulan Julai, ketika kes coronavirus sedang meningkat, dan beberapa negeri terpaksa menangguhkan pembukaan semula ekonomi mereka.

Dolar greenback menyusut berbanding beberapa matawang utama lain dan didagangkan di sekitar 96.69 pada sesi Asia.

Dalam pada itu, matawang yuan China terus mengekalkan momentum pengukuhan dengan merekodkan prestasi terbaik hariannya sejak Disember berbanding USD disokong oleh jangkaan terhadap pemulihan ekonomi China yang meningkatkan selera pelabur untuk aset berisiko.

Selain itu, dolar Aussie kekal diniagakan tinggi menjelang mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) pada tengah hari ini yang dijangkakan akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan sasaran hasil bon 3 tahun pada 0.25%.

Di samping itu, sentimen semasa yang positif juga menyokong dagangan dolar New Zealand untuk terus mengukuh pada sesi Asia hari ini.

Sementara itu di Eropah, rundingan perdagangan pasca-Brexit akan diteruskan pada minggu ini. Matawang pound didagangkan meningkat diangkat oleh harapan supaya masalah yang dihadapi kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat