Dolar Australia menyusut lagi pada dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini setelah terkesan dengan sentimen pasaran yang berisiko sejak awal minggu.
Menambahkan tekanan apabila Timbalan Gabenor bank pusat Australia turut memberikan isyarat untuk mempertimbangkan campur tangan (intervention) serta kadar faedah negatif dalam penetapan polisi.
Selain itu juga, kebimbangan terhadap ekonomi Australia juga turut menjadi faktor penyusutan dolar Aussie yang diserang gelombang kedua Coronavirus.
Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD meneruskan penurunan lagi pada sesi Asia hari ini melepasi paras sokongan 0.71800.
Penurunan tersebut menyusuli terjunan harian 120 pips pada awal minggu berikutan sentimen berisiko pasaran memberi tekanan terhadap matawang komoditi.
Harga bergerak perlahan pada awal sesi Asia berlegar di bawah paras 0.71800 yang merupakan zon SBR (support become resistance) sebelum terus turun lebih rendah mencatatkan paras terendah terbaru 6 minggu.
Penurunan lebih rendah dijangkakan akan mencecah paras support pada 0.70800 yang diuji pada dagangan Julai dan Ogos lalu.
Namun, berwaspada jika berlaku perubahan sentimen dalam pasaran yang berkemungkinan menyaksikan lonjakan harga semula.
Kenaikan harga bakal melepasi semula zon SBR 0.71800 dan menuju ke paras halangan sekitar 0.72400.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI