Sumber perbankan menyatakan peminjam perlu membayar semula pinjaman mereka bermula Oktober ini selepas bank tidak lagi akan melanjutkan tempoh moratorium.
Bagaimanapun, bank bersedia membantu peminjam untuk membuat penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman mereka.
Menurut sumber perbankan tersebut, dianggarkan kira-kira tiga juta peminjam akan menerima tawaran terbabit.
Tambah sumber itu lagi, bank membuat keputusan berkenaan kerana mahu peminjam berunding mengenai pinjaman mereka dengan pihak bank.
Sementera itu, sumber industri memberitahu, bank mempunyai tempoh sehingga pertengahan tahun hadapan untuk menstruktur dan membuat penjadualan semula pinjaman.
Moratorium meliputi penangguhan pembayaran balik pinjaman, penstrukturan semula baki kad kredit dan pinjaman korporat selama enam bulan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, bakal berakhir 30 September ini.