Berdasarkan pengumuman yang dikemukakan, Britain dan India telah bersetuju untuk mengukuhkan hubungan ekonomi, termasuk perkhidmatan kewangan dan penyelidikan coronavirus.
Menurut menteri kewangan Britain, Rishi Sunak, mereka telah menetapkan misi untuk menjalinkan hubungan yang lebih kuat, dengan perjanjian yang akan meningkatkan pelaburan, dan mewujudkan dan menjamin pekerjaan di UK.
Selain itu, hal tersebut juga didorong oleh UK yang mencari peluang perdagangan baru setelah Brexit.
Di samping itu, perjanjian baru itu merangkumi membuka peluang infrastruktur di India kepada kepakaran dan pembiayaan komersial di UK.
Tambahan daripada itu, kedua-dua negara turut akan berusaha untuk mengatasi halangan undang-udang dan akses pasaran untuk firma UK dan India, sementara hubungan dengan kewangan fintech akan dipereratkan.
Sementara itu, terdapat juga kerjasama penyelidikan bernilai sehingga £ 8 juta untuk memahami kesan Covid-19 terhadap populasi Asia Selatan di UK dan India. Hubungan ekonomi dan kewangan kedua-dua negara itu adalah penting didorong oleh cabaran global yang dihadapi.
Untuk pengetahuan semua, sejak EFD pertama Inggeris dengan India pada tahun 2007, perdagangan dua hala meningkat dua kali ganda kepada hampir 24 bilion pound pada 2019. Pelaburan India di UK tertumpu kepada teknologi, farmaseutikal dan pembuatan, termasuk pengeluaran kenderaan Jaguar Land Rover.