Matawang safe-haven Yen Jepun pamer peningkatan pada dagangan penghujung minggu dengan risiko penularan Covid-19 serta hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang kembali ‘panas’.
Namun begitu, US dolar terus bergerak lemah pada Jumaat menyambung pergerakan harga semalam.
Ini adalah didorong oleh tindakan bank pusat Amerika, Federal Reserve (Fed) yang meningkatkan lagi langkah rangsangan ekonomi dengan menyediakan 3 fasiliti perkhidmatan pinjaman kecemasan.
Turut menambah tekanan buat US dolar apabila data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat minggu lalu kembali melonjak ke paras 1.4 juta berbanding jangkaan 1.3 juta.
Hal ini memberi kebimbangan terhadap pelabur yang melihat ekonomi AS masih lagi bergelut untuk pemulihan semula selain kes Covid-19 di negara ekonomi terbesar dunia itu kekal tinggi.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga telah membuat penurunan dari paras 107.200 semalam sehingga melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Penurunan diteruskan sehingga penghujung sesi New York mencecah paras 106.700 di zon support harga.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga telah meneruskan penurunan dan telah menembusi zon resistance di bawah paras 106.600 sebelum perlahan semula di hujung sesi.
Penurunan harga dijangka akan diteruskan sehingga ke paras sekitar 106.600 yang merupakan zon support harga ketika diuji pada dagangan Jun lalu.
Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras tumpuan adalah pada 107.00 dan juga paras halangan MA50 untuk diuji harga terlebih dahulu.
Jika harga kekal meneruskan penurunan, paras resistance sekitar 107.500 akan kembali menjadi tumpuan yang merupakan zon SBR (support become resistance) sebelum ini.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI