Matawang safe-haven Yen Jepun kembali bergerak lemah berbanding US dolar pada dagangan hari ini setelah pamerkan pengukuhan harian terbesar semalam sejak penghujung Ogos lalu.
Pada carta harga bagi pasangan matawang USD/JPY, harga telah menjunam sekitar 120 pips selepas corak kenaikan harga pada beberapa hari sebelumnya gagal dikekalkan.
Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga di awal sesi Asia semalam meneruskan penurunan sehingga mencecah paras terendah harian hampir menyentuh paras 104.300, mencatatkan paras terendah 4 minggu terbaru.
Penurunan tersebut dilihat lebih dipacu oleh penyusutan US dolar yang dipengaruhi oleh sentimen pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang masih optimis.
Namun, sebarang keputusan perlu dijangkakan dan akan mempengaruhi hala tuju pergerakan harga pada carta USD/JPY.
Pergerakan harga pada hari ini dilihat mendatar tanpa arah yang jelas di bawah paras RBS (resistance become support) 104.800.
Kenaikan lebih tinggi harga dijangka akan menguji zon tersebut dan juga paras halangan MA50 untuk isyarat trend bullish.
Jika penurunan harga diteruskan semula, zon support sekitar 104.00 akan menjadi tumpuan harga yang gagal ditembusi ketika diuji pada dagangan September lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI