Pound Sterling dilihat berjaya bergerak lebih kukuh berbanding US dolar pada awal minggu ini menyambung kenaikan pada penghujung minggu lalu walaupun masih dibayangi ketidaktentuan Brexit.
Menteri Luar Ireland, Simon Coveney menyatakan kedua-dua pihak masih tidak mencapai persetujuan berkenaan hak perairan dan menambah lagi, sekiranya rang pasaran dalam diluluskan di UK, peluang untuk rundingan dicapai semakin tertutup.
Pada Ahad, Ketua perunding Brexit UK, David Frost menyatakan UK tidak akan berganjak dari pendirian dalam mencapai persetujuan bersama Kesatuan Eropah (EU).
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat meneruskan kenaikan di awal minggu dengan lonjakan di awal sesi Asia melepasi paras 1.32000.
Isyarat awal kenaikan harga telah dilihat oleh pelabur pada penghujung minggu lalu selepas harga bergerak naik di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Kenaikan harga akan dijangkakan menuju zon resistance 1.33000 yang gagal ditembusi ketika diuji pada minggu lalu.
Namun jika tekanan terus meningkat terhadap mata wang Pound, harga berkemungkinan akan kembali turun lebih rendah di bawah paras 1.31500.
Zon sokongan harga dilihat pada sekitar 1.30600 seterusnya pada paras tumpuan 1.30000 untuk penurunan harga lebih rendah.
Pelabur akan memberi tumpuan pada data inflasi UK pada minggu ini untuk menilai aktiviti perbelanjaan pengguna yang akan mempengaruhi dagangan Pound.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI