Empat altcoins ini dengan nilai pasaran sederhana mencatatkan lonjakan sejak minggu lalu ketika kebanyakan pasaran kripto menyaksikan pembetulan harga.
- Elrond (EGLD)
- EGLD mencatatkan lonjakan lebih 79% sejak minggu lalu daripada $168.69 kepada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $303.63
- Ketika penulisan, EGLD didagangkan pada $275.39, susut hampir 10% daripada rekod ATH.
- Di Amerika Syarikat (AS) pembelian EGLD akhirnya boleh dilakukan menerusi aplikasi wallet digital non-custodial Elrond, Maiar menggunakan kad kredit.
- Pada Isnin, EGLD tersenarai di platform pertukaran kripto, KuCoin.
- Hedera Hashgraph (HBAR)
- HBAR mencatatkan peningkatan harga sebanyak lebih 74% sejak seminggu yang lalu daripada $0.30 pada 9 September kepada rekod ATH terbaru sebentar tadi, $0.53.
- Ketika penulisan, HBAR mencatatkan nilai dagangan $0.51, meningkat lebih 27% dalam 24 jam.
- Pada minggu lepas, rangkaian Hedera telah dikembangkan kepada 22 nod daripada 21 nod.
- Near Protocol (NEAR)
- NEAR mencatatkan lonjakan sebanyak 44.6% kepada $8.84 sejak minggu lalu.
- Bagaimanapun ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $8.69 susut hampir 2%. Namun masih mengekalkan peningkatan hampir 6% dalam 24 jam.
- Sebagai rekod, NEAR mencatatkan ATH terbaru, $11.88 pada 9 September.
- Mina Protocol (MINA)
- MINA mencatatkan peningkatan lebih 65% sejak minggu lalu kepada ATH terbaru, $6.5 semalam.
- Ketika penulisan, aset ini susut lebih 8% didagangkan pada $6 daripada rekod ATH dan masih mengekalkan peningkatan lebih 1% dalam 24 jam.
- Lonjakan MINA didorong oleh integrasi bersama Polygon pada minggu lepas.