Penganalisis dan juga pelabur kripto, Cantering Clark mendapati enam koin di bawah pemerhatiannya sedang bersedia untuk melonjak tinggi.
Menurutnya dalam kicauan Twitter yang dimuatnaik pada beberapa hari lalu, platform kewangan terdesentralisasi (DeFi), Aave dalam jangkaan untuk melonjak 150% dari harga semasa penulisan, $395.
Platform oracle terdesentralisasi, Chainlink (LINK) juga berpotensi untuk melonjak, jelas Clark menerusi tweet pada 1 April. LINK pada ketika itu sedang cuba untuk menembusi $30.
Hari ini, ketika penulisan LINK berjaya merekod $34.44 dengan lonjakan lebih 5% dalam 24 jam.
Token pertukaran seperti Binance Coin (BNB) dan FTX Token (FTT) turut dijangka akan melonjak. Misalnya FTT berpotensi untuk tembusi paras $100 walaupun jika berlaku sebarang ‘kekacauan’ short-term.
BNB dan FTT kedua-duanya didagangkan pada $406, melonjak lebih 9% dan $45 dengan lonjakan lebih 4% dalam 24 jam.
Bagaimana pula dengan Solana (SOL)? Berdasarkan retweet, Clark akui ekosistem SOL disokong oleh asas yang kuat bakal membawa matawang itu di kedudukan 10 teratas aset kripto terbesar berdasarkan nilai pasaran.
Sehingga hari ini, Solana masih berada di kedudukan ke-21 selepas VeChain (VET) dengan harga dagangan semasa penulisan $24.48, melonjak lebih 8% dalam 24 jam.
Polkadot (DOT) menjadi tumpuan utamanya. Selepas koin itu menembusi paras $42 pada Sabtu lepas, Clark yakin DOT sedang membuat pergerakan ke paras yang lebih tinggi. Ketika penulisan, DOT mencatat nilai dagangan $42.77, susut lebih 5% dalam 24 jam.